Organisasi tentera darat Organisasi_tentera

Artikel ini memberi satu gambaran keseluruhan beberapa terma yang digunakan bagi menggambarkan unit-unit tentera dalam angkatan bersenjata di seluruh dunia. Mungkin terdapat perbezaan dalam penggunaan terma-terma dalam pasukan bersenjata yang datang daripada negara-negara yang berbeza. Kebanyakan unit-unit diterima-pakai berdasarkan contoh daripada Tentera Darat British dan Angkatan Tentera Amerika Syarikat. Para pembaca yang berminat dengan maklumat-maklumat lebih terperinci disyorkan agar merujuk terus pada rencana-rencana yang berkaitan dengan negara tersebut.

SimbolNamaJumlah anggotaJumlah unit bawahanPegawai Memerintah
XXXXXXkancah, wilayah1,000,000–10,000,0004+ kumpulan tentera daratJeneral, Jeneral Tentera Darat (AS) atau Fil Marsyal (British)
XXXXXkumpulan tentera darat, barisan400,000–1,000,0002+ tentera daratJeneral, Jeneral Tentera Darat (AS) atau Fil Marsyal (British)
XXXXtentera darat100,000–200,0002-4 korJeneral atau Kolonel Jeneral
XXXkor40,000–80,0002+ divisyenLeftenan Jeneral
XXDivisyen10,000–30,0002-4 briged atau rejimenMejar Jeneral
XBriged3,000–5,0002+ rejimen atau 3–6
batalion atau rejimen Komanwel
Brigedier Jeneral, Brigedier (British) atau Kolonel
IIIRejimen1,500–3,0002–4 batalion atau skuadron kavalri ASKolonel
IIBatalion atau Rejimen300–1,3002–6 kompeni atau skuadronLeftenan Kolonel
IKompeni, Skuadron atau Bateri artileri60–2502–8 platun atau trupKapten atau Mejar
•••Platun atau Trup25–402+ skuad atau seksyenLeftenan Muda atau Leftenan
••Seksyen8–122+ pasukan penyerangKoperal sehingga Staff Sarjan
Skuad or krew8–122+ pasukan penyerangKoperal hingga Staf Sarjan
ØTim penyerang4–5Tidak berkaitanLans Koperal hingga Sarjan
ØTim peninjau2Tidak berkaitanSebarang

Susunan unit ini mungkin melangkau turutan; sebagai contoh dalam sebuah batalion di UK mungkin satu formasi bersaiz rejimen. Hanya negara yang mempunyai kekuatan tentera yang kuat yang mungkin mempunyai susunan unit sehingga ke tingkat paling atas, sebagai contoh, unit tentera bagi negara Kanada yang paling besar adalah briged.

Tentera dan negara berbeza mungkin juga mempunyai nama-nama unit tradisi yang berbeza, menjadikan kekeliruan: sebagai contoh, rejimen berperisai (batalion) Britain dan Kanada (batalion) dibahagikan kepada skuadron (kompeni) dan trup (platun), manakala skuadron kavalri (batalion) Amerika Syarikat terdiri dibahagikan kepada trup (kompeni) dan platun.

Oleh kerana saiznya yang kecil, Tentera Darat Malaysia sebenarnya hanya bersaiz kor yang mempunyai empat divisyen infantri. Di dalam Tentera Darat Malaysia pemerintahan (kor) ini dipanggil Markas Pemerintahan Medan Tentera Darat ataupun Markas Medan Tentera Darat dan dipimpin oleh seorang Leftenan Jeneral. Pemerintahnya dipanggil Panglima Medan Tentera Darat.